Monday, October 12, 2009

PROJEK BUMI HIJAU




Sekolah Raja Muda akan mengadakan Projek Bumi Hijau sempena gotong royong yang akan diadakan tidak lama lagi. Projek ini bukan sahaja memupuk semangat kerjasama antara murid, guru dan ibu bapa, malah ia juga dapat mengindahkan lagi kawasan sekolah agar suasana pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik.



Murid-murid akan dibahagikan mengikut kumpulan dan mereka juga akan diberikan stesyen masing-masing. Konsep seorang satu pokok akan merapatkan murid dengan pokok-pokok tersebut malah ia juga akan dapat menjimat kos perbelanjaan kempen ini.



Pihak berkuasa tempatan seperti MBSA juga akan dijemput bagi membantu dari segi tenaga dan peralatan






OLEH ITU...............






Setiap murid terutamanya murid tahun 4, perlu mencari maklumat tentang tumbuhan hiasan dari pelbagai sumber. Maklumat ini bukan sahaja menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran malah ia juga akan membantu murid dalam penjagaan pokok-pokok yang mereka tanam nanti. Segala masalah boleh ditanyakan kepada saya melalui email, bolg atau telefon.
Klik di sini






REWARD.....






Kumpulan yang berjaya menjadikan taman hiasan tercantik akan dinamakan sebagai pemenang. Pemenang ini akan dianugerahkan untuk menamakan taman tersebut. Pihak sekolah akan mengiktiraf nama tersebut dan terus akan menggunakan nama tersebut.
Maklumat tentang taman hiasan : Click di sini



No comments:

Post a Comment