Thursday, October 29, 2009

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN


Minggu hadapan bermulanya peperiksaan akhir tahun.... Oleh itu cikgu nak mengucapkan selamat menjawab periksa... Semoga anda semua dapat menjawab dengan baik dan mendapat markah yang baik......

SEMOGA BERJAYA..........

Monday, October 26, 2009

Followers...


Terima kasih kepada semua yag menjadi follower cg... Cikgu memang mengharapkan lebih ramai lagi murid yang menjadi follower cg... Cikgu juga akan menjadikan blog ini sebagai platform kepada semua murid cikgu untuk dijadikan virtual classroom... Di sini kita akan berinteraksi lebih tentang segala masalah pembelajaran yang kita hadapi...

ARIGATOGOZAIMASSUU!!!!!

Friday, October 16, 2009

Laman Web Rujukan Taman HIasan

http://kh-09.blogspot.com/
http://www.ibujempol.com/bunga-mawar-taman-mawar-klasifikasi-jenis-mawar/
http://www.senihias.com/v2/?p=17
http://www.scribd.com/doc/20778057/TANAMAN-HIASAN

Thursday, October 15, 2009

Brosur

Brosur... Apa dia brosur? Siapa tahu? Brosur adalah pemplet yang mempunyai maklumat yang diedarkan kepada kepada semua orang bagi menyebarkan maklumat tersebut.

Proses membuat brosur mudah sahaja.. Cuba buat menggunakan MS Publisher.. Tapak-tapak brosur tersebut telah disediakan di sana.. Jadi anda hanya perlu memasukkan maklumat sahaja...
Nanti cikgu ajar macamana nak membuatnya....

Proses pengajaran dan pembelajaran ini pasti menarik nanti.....

Monday, October 12, 2009

Persembahan Power Point...


Siapa diantara kamu yang telah mahir dalam penggunaan Microsoft Powerpoint? Program ini penting bagi mempersembahkan sesuatu bahan dalam bentuk elektronik... Sesiapa yang mahir bolehlah berkongsi maklumat dengan rakan yang lain... Cikgu akan beri maklumat lanjut tentang program ini di dalam kelas nanti... sesuatu yang menarik akan menati anda... pastikan anda tahu tentang program ini agar mudah anda menjalani pengajaran dan pembelajaran saya nanti........

PROJEK BUMI HIJAU




Sekolah Raja Muda akan mengadakan Projek Bumi Hijau sempena gotong royong yang akan diadakan tidak lama lagi. Projek ini bukan sahaja memupuk semangat kerjasama antara murid, guru dan ibu bapa, malah ia juga dapat mengindahkan lagi kawasan sekolah agar suasana pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik.



Murid-murid akan dibahagikan mengikut kumpulan dan mereka juga akan diberikan stesyen masing-masing. Konsep seorang satu pokok akan merapatkan murid dengan pokok-pokok tersebut malah ia juga akan dapat menjimat kos perbelanjaan kempen ini.



Pihak berkuasa tempatan seperti MBSA juga akan dijemput bagi membantu dari segi tenaga dan peralatan






OLEH ITU...............






Setiap murid terutamanya murid tahun 4, perlu mencari maklumat tentang tumbuhan hiasan dari pelbagai sumber. Maklumat ini bukan sahaja menjadi bahan pengajaran dan pembelajaran malah ia juga akan membantu murid dalam penjagaan pokok-pokok yang mereka tanam nanti. Segala masalah boleh ditanyakan kepada saya melalui email, bolg atau telefon.
Klik di sini






REWARD.....






Kumpulan yang berjaya menjadikan taman hiasan tercantik akan dinamakan sebagai pemenang. Pemenang ini akan dianugerahkan untuk menamakan taman tersebut. Pihak sekolah akan mengiktiraf nama tersebut dan terus akan menggunakan nama tersebut.
Maklumat tentang taman hiasan : Click di sini